Monday, August 22, 2011

PENJAGAAN KAKI


Apakah penyebab biasa masalah kaki anda?
• Penyakit
• Saiz kasut yang tidak sesuai
• Kaki yang dimamah usia
• Peredaran darah yang kurang baik
• Kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul


Bagaimana menjaga kaki anda?
• Periksa kaki dengan kerap
• Amalkan kebersihan kaki yang baik
• Pilih kasut yang sesuai
• Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:
o Senaman berkala
o Urutan lembut pada kaki
o Rendamkan kaki dalam air suam
o Rehatkan kaki ke paras yang sedikit tinggi selepas lama berdiri atau bila
berasa letih
• Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
o Tekanan akibat kasut yang ketat
o Duduk terlalu lama
o Duduk bersilang kaki terlalu lama
o Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat


Bagaimana cara memilih kasut yang sesuai?
• Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
• Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat dengan usia
• Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
• Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji
keselesaan kasut
• Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda bergerak
• Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar
sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak
menyakitkan kaki
• Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan
tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras

No comments:

Post a Comment